Road Ranger
2 Jun 2024 | Aktiviti TerkiniPada 01 Jun 2024 bersamaan hari Sabtu, NADI Batang Melaka telah menganjurkan aktiviti Road Ranger. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang keselamatan jalan raya di kalangan peserta.
Aktiviti yang dilakukan termasuk:
• Tayangan Video – Panduan Keselamatan Jalan Raya
• Seat Belt Challenge – Peserta diajar cara menggunakan tali pinggang kaledar dengan betul dan mengapa ia penting untuk keselamtan mereka di dalam kereta.
• Heads Up – Peserta diajak untuk mengenal pasti dan mengatasi pelbagai gangguan yang mungkin dihadapi semasa memandu seperti menggunakan telefon bimbit, makan dan mendengar lagu dengan kuat
Aktiviti ini berjaya mendidik peserta tentang aspek-aspek penting keselamatan jalan raya melalui pendekatan yang interaktif dan praktikal, sekaligus memperkuatkan kesedaran dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna jalan raya yang selamat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: